Friday 17 March 2017

Ku mengembara di daratan mencari rezekiNya
Ku mengembara di lautan menambah rezekiNya
Aku Pengembara sebelum kembali padaNya

Tuesday 10 February 2015

Thursday 29 January 2015

PINK KALER

TEAM LAMPRE

TEKNIK KAYUHAN BASIKAL

Kalau kita selalu kayuh dengan kawan-kawan dan selalu tertinggal dekat belakang, dah tentulah kita berangan-angan nak laju macam diorang, tapi macam mana cara yang betul untuk kayuh dengan lebih laju, daki bukit tanpa rasa nak pitam dan turun bukit tanpa akhirnya masuk semak?
Aku pun tak tau sebenarnya, tapi Alhamdullilah la sebab blog-blog international sebenarnya banyak pecah rahsia cara-cara betul camne nak bagi laju, so aku tak payah susah payah nak fikir, aku copy paste dah tu kongsi kat diorang je la kan.
Kata blog international tu, kita ni kalau setiap hari kayuh basikal keliling rumah lepas makan telur setengah masak pun takkan buat kita hebat, tapi sebenarnya menguasai kemahiran asas main basikal tu yang akhirnya buat kita jadi lebih hebat ( kata diorang la)
Ok, bawah ni beberapa tips asas yang perlu kita kuasai kalau bercita-cita nak jadi wakil kampung korang dalam jambori akan datang, selamatlah mencuba lepas korang baca.


Gunalah Brek Dengan Betul.

Sebagaimana yang korang tau brek digunakan untuk hentikan basikal, zaman dulu-dulu masa kita main BMX kita hentikan basikal dengan gesek tapak selipar dekat tayar, zaman moden ni kita dah maju sikit, kita pakai brek disk.
Brek zaman moden ni kuat semacam, korang kalau taknak makan tanah jangan cuba-cuba tarik brek depan sekuat hati korang, nanti terjongket susah pulak, kata blog tu, nak guna brek ni perlu menggunakan kepala sekali (maksudnya bukan brek dengan kepala, tapi guna kepala otak la).
Brek ni pulak korang kene adjust ikut kesesuaian korang, ni penting supaya senang korang nak guna nanti, kedudukan kene betul, korang boleh la "google" camne nak set kedudukan brek dengan betul, dan aku sendiri alih brek depan ke sebelah kanan, sebab aku tak suka kedudukan brek depan sebelah kiri.
Brek ni bukan main tarik je terutama bila korang sedang turun bukit, korang kene pertimbangan berapa kuat tekanan yang perlu dikenakan sebab tayar depan yang terpaksa menampung semua bebanan bila kita sedang turun bukit.
Jadi kawalan tekanan brek depan sangat penting  supaya basikal tak tergelincir,  jadi jangan terlebih tarik sebab takut karang tiba-tiba korang terbang melepasi handle pulak.
Dalam masa yang sama kata blog international tu, brek belakang sangat penting masa turun bukit, kita kene guna jugak, tapi sebab kita dalam kedudukan sedang turun bukit cangkaman tayar belakang mula berkurangan, jadi kita kene belajar alih berat badan sedikit ke belakang bagi mengimbangi semula traction tayar belakang disamping meningkatkan kuasa brek belakang.
disini pentingnya kita belajar cara menggunakan tekanan brek yang betul disamping belajar agih berat badan kita, aku ada jugak terbaca catu artikel, katanya kalau kita turun di permukaan yang licin, jangan cuba arah basikal tu ikut kemana kita nak, sebaliknya biarkan basikal tu turun tapi dalam masa yang sama kita kawal kemana basikal tu nak pegi (aku tak paham apa aku tulis ni).


Sekarang Jom Panjat Bukit.

Paling kita tak suka bila kayuh ialah bila terpaksa mendaki bukit yang tak habis-habis, securam mana pun bukit kalau tak jauh mungkin takde masalah, tapi bila bukit tu terlalu panjang, tolak basikal lagi senang dari terus kayuh macam orang gila.
Kalau kita tahu teknik sesuai untuk mendaki, sebenarnya takde masalah pun panjang mana dan curam mana pun bukit tu, kalau tak berapa bijak macam aku memang naik bukit masalah sikit la.

Mula-mula benda paling korang kena tahu ialah macam mana nak tukar gear, jangan tersalah tukar masa nak panjat bukit tu dah la, patut pakai gear rendah, terbantai pakai gear tinggi, memang kelam kabut la korang nanti.
Sebelum nak tukar gear tu korang kene kurangkan dulu bebanan dekat rantai tu supaya rantai tu tak putus selain memanjangkan "usia" groupset korang, pemilihan gear yang sesuai dan sepadan dengan kawasan dan kecuraman tu penting.
Berbeza dengan jalanraya, mendaki di kawasan hutan susah sikit, terutama kalau bukit yang korang nak daki tu jalannya jenis tanah merah yang licin, keadaan ni boleh menyebabkan tayar belakang korang hilang cengkaman dimana berlakunya "Spin"ing like gasing.
Kalau dah camtu memang sia-sialah usaha korang, sebab kalau tayar spin kita akan mula hilang daya tarikan yang akhirnya menyebabkan kita terpaksa bersusah payah kawal basikal jangan jatuh dan bila dah macam tu, kita akan berhenti, dan bila dah berhenti masa naik bukit selalunya kita akan ambik keputusan untuk tolak je basikal sampai atas.
Macam mana nak elak tayar belakang spin?

Walaupun kadang-kadang bangun dari pelana memudahkan kita kayuh naik bukit, kayuhan yang macam tu yang akan buat tayar belakang spin, jadi terus duduk dan kayuh perlahan-lahan (dengan gear yang sesuai).
Aku dengar dekat sini kelebihan basikal roda besar macam 29er, roda jenis ni kurang terjadi masalah spin ni, aku jugak difahamkan dengan tekanan tayar yang betul, masalah spin ni dapat dikurangkan, jadi kurangkan sikit tekanan tayar tu.
Itu satu masalah, masalah lain timbul bila korang mendaki bukit yang kecuramanya tak munasabah yang buat tayar depan korang tiba-tiba rasa terlebih ringan, ni masalah mudah, korang kene tunduk lagi, bagi tekanan sikit kat tayar belakang tu.

Tulis blog tu lagi, kalau korang mendaki dekat kawasan berbatu atau banyak akar korang kene cuba kekalkan momentum korang, sebabnya kalau kayuh terlalu perlahan, korang akan lebih hadapi masalah nak lepasi bahagian trail yang macam ni.

Turun Bukit Pun Kena Belajar Jugak.

Dah naik bukit selalunya kita akan turun pulak, jarang sangat naik bukit dah tu naik lagi, dah tu naik lagi naik lagi tak abis-abis macam dekat Thomson Trail Cameron Highland.

Turun bukit ni bunyinya macam senang, tapi ni la part paling bahaya kalau kita jenis hentam je sedangkan kita tak tahu macam mana nak gunakan brek dengan betul dan kadang-kadang kita tak faham pun basikal kita bertindak balas macam mana time turun bukit tu.

Korang sekali lagi kene tukar gear, kali ni rantai mesti berada dekat chainring paling besar depan tu, kurang-kurang kalau kita jatuh takde la luka sampai kene jahit bagai sebab gegancu tajam kat chainring tu sagat kulit kita.

Pindahkan rantai ke chainring besar ni jugak bantu kurangkan "chain slap" yang boleh mengakibatkan rantai tertanggal dari gegancu yang silap-silap tersangut dan boleh buat rantai tu tersangut, makanya tayar belakang orang terkunci dan kita ilang kawalan, dah tu masuk semak.

Paling penting korang kene rileks masa turun bukit ni (aku selalu gelabah) dan biarkan siku korang berada dalam posisi "Attack" (korang losekan siku dan depakan camtu lah), ini sebenarnya nak serap kejutan walaupun korang guna fork depan jenama paling mahal sekali pun.

Dalam masa yang sama, tangan korang kene pegang handle dengan kemas la ye, pegang grip tu kuat-kuat, cuba kawal basikal tu dengan badan korang, bahu pulak kene la lose jugak supaya korang boleh alih berat badan korang ke depan belakang kiri dan kanan untuk mengubah hala basikal korang tu, lakukan dengan sopan santun dan jangan terlalu keras, terbalik karang.


Terus duduk atas pelana korang, tapi kalau jalan tu teruk sangat sila lah bangun dan berdiri diatas pedal korang, pastikan pedal selari dengan tanah, pedal yang didepan biar tinggi sedikit supayan tak tersangkut pada halangan atas tanah tu, gunakan kaki dan lutut untuk menyerap hentakkan demi hentakkan sepanjang trail tu.

Ohh lupa nak ingatkan balik, bila turun bukit korang kene alih berat badan korang ke belakang sikit, ini bagi menutralkan balik pusat graviti masa turun bukit tu.

Bagi yang mampu, belilah "seatpost hidrulik" bila terpaksa menuruni permukaan yang sangat curam korang boleh turunkan pelana korang dengan mudah, ini membolehkan korang mengawal basikal korang dengan mudah sebab kedudukan graviti korang rendah, disamping tu memberikan korang lebih ruang "melantun lantun".

Downhill ni perlukan sepenuh tumpuan dan fokus dari korang, korang mesti "alert" pada semua jenis halangan seperti alur, lopak, akar, batu, lubang dan apa je la, hilang tumpuan akan menyebabkan korang berkemungkinan besar terpaksa merangkak keluar dari semak.

Jadi Kesimpulannya Apa?

Entahlah, aku pun dah bersimpul-simpul tulis benda ni, sebenarnya aku tak paham apa yang blog tu nak sampaikan.

Bagi yang dah 2-3 bulan main basikal mungkin dah faham benda basic ni, tapi yang baru 2-3 minggu main basikal mungkin tak tau semua benda ni.

Jadi sebenarnya bawaklah macma mana yang korang nak dan selesa, janji korang utamakan keselamatan korang, tak laju takpe sebenarnya, kawan-kawan boleh tunggu, yang penting gaya kene nak macam pro la kan. hahahaha.
COPY DARI BLOG SEBELAH

ERC

THIS IS E.R.C

PERJALANAN BERMULA

STARTING LINE