Thursday 29 January 2015

PINK KALER

TEAM LAMPRE

TEKNIK KAYUHAN BASIKAL

Kalau kita selalu kayuh dengan kawan-kawan dan selalu tertinggal dekat belakang, dah tentulah kita berangan-angan nak laju macam diorang, tapi macam mana cara yang betul untuk kayuh dengan lebih laju, daki bukit tanpa rasa nak pitam dan turun bukit tanpa akhirnya masuk semak?
Aku pun tak tau sebenarnya, tapi Alhamdullilah la sebab blog-blog international sebenarnya banyak pecah rahsia cara-cara betul camne nak bagi laju, so aku tak payah susah payah nak fikir, aku copy paste dah tu kongsi kat diorang je la kan.
Kata blog international tu, kita ni kalau setiap hari kayuh basikal keliling rumah lepas makan telur setengah masak pun takkan buat kita hebat, tapi sebenarnya menguasai kemahiran asas main basikal tu yang akhirnya buat kita jadi lebih hebat ( kata diorang la)
Ok, bawah ni beberapa tips asas yang perlu kita kuasai kalau bercita-cita nak jadi wakil kampung korang dalam jambori akan datang, selamatlah mencuba lepas korang baca.


Gunalah Brek Dengan Betul.

Sebagaimana yang korang tau brek digunakan untuk hentikan basikal, zaman dulu-dulu masa kita main BMX kita hentikan basikal dengan gesek tapak selipar dekat tayar, zaman moden ni kita dah maju sikit, kita pakai brek disk.
Brek zaman moden ni kuat semacam, korang kalau taknak makan tanah jangan cuba-cuba tarik brek depan sekuat hati korang, nanti terjongket susah pulak, kata blog tu, nak guna brek ni perlu menggunakan kepala sekali (maksudnya bukan brek dengan kepala, tapi guna kepala otak la).
Brek ni pulak korang kene adjust ikut kesesuaian korang, ni penting supaya senang korang nak guna nanti, kedudukan kene betul, korang boleh la "google" camne nak set kedudukan brek dengan betul, dan aku sendiri alih brek depan ke sebelah kanan, sebab aku tak suka kedudukan brek depan sebelah kiri.
Brek ni bukan main tarik je terutama bila korang sedang turun bukit, korang kene pertimbangan berapa kuat tekanan yang perlu dikenakan sebab tayar depan yang terpaksa menampung semua bebanan bila kita sedang turun bukit.
Jadi kawalan tekanan brek depan sangat penting  supaya basikal tak tergelincir,  jadi jangan terlebih tarik sebab takut karang tiba-tiba korang terbang melepasi handle pulak.
Dalam masa yang sama kata blog international tu, brek belakang sangat penting masa turun bukit, kita kene guna jugak, tapi sebab kita dalam kedudukan sedang turun bukit cangkaman tayar belakang mula berkurangan, jadi kita kene belajar alih berat badan sedikit ke belakang bagi mengimbangi semula traction tayar belakang disamping meningkatkan kuasa brek belakang.
disini pentingnya kita belajar cara menggunakan tekanan brek yang betul disamping belajar agih berat badan kita, aku ada jugak terbaca catu artikel, katanya kalau kita turun di permukaan yang licin, jangan cuba arah basikal tu ikut kemana kita nak, sebaliknya biarkan basikal tu turun tapi dalam masa yang sama kita kawal kemana basikal tu nak pegi (aku tak paham apa aku tulis ni).


Sekarang Jom Panjat Bukit.

Paling kita tak suka bila kayuh ialah bila terpaksa mendaki bukit yang tak habis-habis, securam mana pun bukit kalau tak jauh mungkin takde masalah, tapi bila bukit tu terlalu panjang, tolak basikal lagi senang dari terus kayuh macam orang gila.
Kalau kita tahu teknik sesuai untuk mendaki, sebenarnya takde masalah pun panjang mana dan curam mana pun bukit tu, kalau tak berapa bijak macam aku memang naik bukit masalah sikit la.

Mula-mula benda paling korang kena tahu ialah macam mana nak tukar gear, jangan tersalah tukar masa nak panjat bukit tu dah la, patut pakai gear rendah, terbantai pakai gear tinggi, memang kelam kabut la korang nanti.
Sebelum nak tukar gear tu korang kene kurangkan dulu bebanan dekat rantai tu supaya rantai tu tak putus selain memanjangkan "usia" groupset korang, pemilihan gear yang sesuai dan sepadan dengan kawasan dan kecuraman tu penting.
Berbeza dengan jalanraya, mendaki di kawasan hutan susah sikit, terutama kalau bukit yang korang nak daki tu jalannya jenis tanah merah yang licin, keadaan ni boleh menyebabkan tayar belakang korang hilang cengkaman dimana berlakunya "Spin"ing like gasing.
Kalau dah camtu memang sia-sialah usaha korang, sebab kalau tayar spin kita akan mula hilang daya tarikan yang akhirnya menyebabkan kita terpaksa bersusah payah kawal basikal jangan jatuh dan bila dah macam tu, kita akan berhenti, dan bila dah berhenti masa naik bukit selalunya kita akan ambik keputusan untuk tolak je basikal sampai atas.
Macam mana nak elak tayar belakang spin?

Walaupun kadang-kadang bangun dari pelana memudahkan kita kayuh naik bukit, kayuhan yang macam tu yang akan buat tayar belakang spin, jadi terus duduk dan kayuh perlahan-lahan (dengan gear yang sesuai).
Aku dengar dekat sini kelebihan basikal roda besar macam 29er, roda jenis ni kurang terjadi masalah spin ni, aku jugak difahamkan dengan tekanan tayar yang betul, masalah spin ni dapat dikurangkan, jadi kurangkan sikit tekanan tayar tu.
Itu satu masalah, masalah lain timbul bila korang mendaki bukit yang kecuramanya tak munasabah yang buat tayar depan korang tiba-tiba rasa terlebih ringan, ni masalah mudah, korang kene tunduk lagi, bagi tekanan sikit kat tayar belakang tu.

Tulis blog tu lagi, kalau korang mendaki dekat kawasan berbatu atau banyak akar korang kene cuba kekalkan momentum korang, sebabnya kalau kayuh terlalu perlahan, korang akan lebih hadapi masalah nak lepasi bahagian trail yang macam ni.

Turun Bukit Pun Kena Belajar Jugak.

Dah naik bukit selalunya kita akan turun pulak, jarang sangat naik bukit dah tu naik lagi, dah tu naik lagi naik lagi tak abis-abis macam dekat Thomson Trail Cameron Highland.

Turun bukit ni bunyinya macam senang, tapi ni la part paling bahaya kalau kita jenis hentam je sedangkan kita tak tahu macam mana nak gunakan brek dengan betul dan kadang-kadang kita tak faham pun basikal kita bertindak balas macam mana time turun bukit tu.

Korang sekali lagi kene tukar gear, kali ni rantai mesti berada dekat chainring paling besar depan tu, kurang-kurang kalau kita jatuh takde la luka sampai kene jahit bagai sebab gegancu tajam kat chainring tu sagat kulit kita.

Pindahkan rantai ke chainring besar ni jugak bantu kurangkan "chain slap" yang boleh mengakibatkan rantai tertanggal dari gegancu yang silap-silap tersangut dan boleh buat rantai tu tersangut, makanya tayar belakang orang terkunci dan kita ilang kawalan, dah tu masuk semak.

Paling penting korang kene rileks masa turun bukit ni (aku selalu gelabah) dan biarkan siku korang berada dalam posisi "Attack" (korang losekan siku dan depakan camtu lah), ini sebenarnya nak serap kejutan walaupun korang guna fork depan jenama paling mahal sekali pun.

Dalam masa yang sama, tangan korang kene pegang handle dengan kemas la ye, pegang grip tu kuat-kuat, cuba kawal basikal tu dengan badan korang, bahu pulak kene la lose jugak supaya korang boleh alih berat badan korang ke depan belakang kiri dan kanan untuk mengubah hala basikal korang tu, lakukan dengan sopan santun dan jangan terlalu keras, terbalik karang.


Terus duduk atas pelana korang, tapi kalau jalan tu teruk sangat sila lah bangun dan berdiri diatas pedal korang, pastikan pedal selari dengan tanah, pedal yang didepan biar tinggi sedikit supayan tak tersangkut pada halangan atas tanah tu, gunakan kaki dan lutut untuk menyerap hentakkan demi hentakkan sepanjang trail tu.

Ohh lupa nak ingatkan balik, bila turun bukit korang kene alih berat badan korang ke belakang sikit, ini bagi menutralkan balik pusat graviti masa turun bukit tu.

Bagi yang mampu, belilah "seatpost hidrulik" bila terpaksa menuruni permukaan yang sangat curam korang boleh turunkan pelana korang dengan mudah, ini membolehkan korang mengawal basikal korang dengan mudah sebab kedudukan graviti korang rendah, disamping tu memberikan korang lebih ruang "melantun lantun".

Downhill ni perlukan sepenuh tumpuan dan fokus dari korang, korang mesti "alert" pada semua jenis halangan seperti alur, lopak, akar, batu, lubang dan apa je la, hilang tumpuan akan menyebabkan korang berkemungkinan besar terpaksa merangkak keluar dari semak.

Jadi Kesimpulannya Apa?

Entahlah, aku pun dah bersimpul-simpul tulis benda ni, sebenarnya aku tak paham apa yang blog tu nak sampaikan.

Bagi yang dah 2-3 bulan main basikal mungkin dah faham benda basic ni, tapi yang baru 2-3 minggu main basikal mungkin tak tau semua benda ni.

Jadi sebenarnya bawaklah macma mana yang korang nak dan selesa, janji korang utamakan keselamatan korang, tak laju takpe sebenarnya, kawan-kawan boleh tunggu, yang penting gaya kene nak macam pro la kan. hahahaha.
COPY DARI BLOG SEBELAH

ERC

THIS IS E.R.C

PERJALANAN BERMULA

STARTING LINE

TOUR DE UBAI

MENGETEH

SINGLE RIDE

DOWN HILL YANG MEMFOBIAKAN

IDAMAN SATU HARI NANTI

MENCARI STAMINA UNTUK TOURNAMENT






MENCARI JENTERA BARU


5 KELEBIHAN BERBASIKAL

Kebaikan Senaman Basikal–5 kelebihan untuk anda
Faedah-faedah basikal senaman adalah jelas apabila anda menggunakan basikal untuk hanya masa yang singkat. Kebanyakan daripada kita memerlukan sebuah program kecergasan yang serius. Banyak masalah kesihatan akibat daripada kekurangan aktiviti fizikal yang mudah. Basikal senaman adalah alat yang hebat untuk digunakan dalam program kecergasan anda.
Pilihan anda untuk aktiviti untuk meningkatkan kecergasan anda adalah sangat penting. Malangnya, membeli sekeping peralatan atau bahkan keahlian di kelab kecergasan atau gimnasium tidak akan mendapatkan pekerjaan yang dilakukan! Kita sebenarnya perlu bangun dan melakukan sesuatu! Memilih sebuah mesin atau aktiviti yang anda akan benar-benar menggunakan adalah kunci kepada kejayaan untuk mendapatkan dalam bentuk.

Berikut adalah lima faedah untuk mendapatkan dan menggunakan sebuah basikal senaman rutin kecergasan anda.

1. Kemudahan
Anda boleh menggunakan basikal di gimnasium dan menikmati motivasi dalam hubungan dengan orang lain. Bahawa hubungan dengan lain-lain boleh mendorong anda untuk di atur sepanjang masa yang lama. Tetapi basikal senaman di rumah plus besar juga. Bersenam hak masa di rumah. Menjimatkan masa dan perbelanjaan. Bahkan jika anda mahu bersenam di gimnasium, Basikal senaman di rumah ada hari yang anda hanya tidak boleh membuat ia ke gimnasium.

2. Menjimatkan
Anda boleh mendapatkan basikal senaman anda sendiri untuk harga yang berpatutan. Nilai-nilai murni terutamanya boleh dijumpai dalam lingkungan $200-$ 500. Sebuah mesin yang baik akan berlangsung selama bertahun-tahun dengan pemeliharaan yang sedikit. Saya Schwinn Airdyne mempunyai 7000 km di atasnya dengan hampir tiada penyelenggaraan. Terdapat tiada yuran untuk membayar dan tiada kos tambahan.

3. Baik untuk mana-mana tahap kecergasan
Bahkan jika anda mempunyai masalah bersama, anda boleh menggunakan basikal senaman anda kerana berat badan anda tidak pada sendi anda. Jika anda benar-benar daripada bentuk, anda masih boleh menggunakan basikal anda pada kadar yang sesuai untuk anda. Atau jika anda berada dalam keadaan yang baik, anda benar-benar boleh menukul basikal dan menolak keras seperti anda memilih untuk diri sendiri. Basikal anda boleh menyediakan anda dengan senaman yang hebat tidak kira apa tahap kecergasan anda.

4. Menurunkan berat badan dan lemak
Menggunakan basikal anda untuk meningkatkan kecergasan jantung dan paru-paru anda. Membakar kalori dan menurunkan berat badan seperti yang anda nada otot dan meningkatkan kekuatan. Jika anda mempunyai mesin dwi-tindakan yang berfungsi kaki dan tangan anda, anda boleh mendapatkan senaman keseluruhan badan yang hampir. Ia adalah besar. Hanya kira-kira 12-15 minit mengayuh bersungguh-sungguh perlu mula membakar lemak.

5. Menggabungkan dengan senaman lain
Kebosanan adalah salah satu sebab utama kita berhenti bersenam. Jika anda boleh menggabungkan beberapa jenis senaman dan menukar rutin yang kerap, anda boleh mengalahkan kebosanan. Sebagai contoh cuba menunggang basikal anda tiga hari seminggu dan hari-hari lain berjalan kaki. Atau bersenam dengan berat pada hari-hari yang anda tidak Basikal. Atau menaiki basikal anda beberapa minit, kemudian berat Mesin latihan beberapa minit kemudian kembali kepada Basikal. Pergi dan balik dari basikal ke berat Mesin selama 20 hingga 30 minit untuk selesai bersenam. Gunakan imaginasi anda mencampurkannya dan melawan kebosanan. Pastikan ia menarik!
Mereka adalah lima faedah basikal senaman untuk mempertimbangkan. Sama ada anda menggunakan basikal senaman di gim atau di rumah, ia adalah alat yang hebat untuk mendapat sihat dan cergas.
MOUNTAIN BIKE
ROAD BIKE

PENAUNG ERCTEAM


Sunday 25 January 2015

ERC TEAM ACTIVITY

FUN RIDE TO GAMBANG

FUN RIDE TO GAMBANG

KAYUHAN NASI DAGANG

GAYA

KAYUHAN PANCHING